Saturday, December 05, 2009

~Ilmu itu zauq~



Selepas pulang dari Yaman ke Mesir untuk beberapa bulan...

Seorang kakak menanyakan kepada saya,

'Kitab apa saja yang sudah dikhatamkan disana???'


Ada pula yang terlebih baik sangkanya terhadap saya berkata,

'Hmmm...mesti kat sana dah banyak khatam kitab kan?!'.

Saya pun menjawab sambil tersenyum:

'Taklah kak...takde khatam kitab apa2 pun.'

Saya tidak menjawab lebih akan apa yang diperolehi disana kerana apa yang dirasakan tidak terungkap dengan kata2.

Sedangkan sambil2 menjawab itu sambil muhasabah juga...

'ye tak ye jugak eh...kitab apa yang engkau dah khatam kat sana?'

'Kitab apa ni yang aku dah khatam kat sana?!'

Cuba mengira tapi tiada untuk dikira.

Akhirnya,

Hati ini berbisik dengan dirinya sendiri...


'Engkau belajar kan bukan untuk menunjukkan diri engkau TAHU tapi untuk merasakan diri itu semakin JAHIL'.

Alhamdulillah...

Terfikir...

Ilmu itu bukan setakat mengkhatamkan kitab2 tapi ada makna yang lebih mendalam lagi iaitu 'zauq' terutamalah jika ilmu yang sedikit yang diperolehi itu,kita amalkan sepanjang hayat kita...terasa 1 kepuasan (buat dan rasa sendiri).Bila beramal,baru jelas akan buah dari ilmu tersebut kerana buahnya ilmu adalah HIDAYAH.


Kata Hikmah:

'Siapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari,maka Allah akan mengajarkannya ilmu yang dia tidak ketahui.'


Bila di Mesir pula...



Belajar bermacam-macam ilmu ni tapi masih juga belum merasakan kepuasan yang sebenar.Bila muhasabah semula...
'Selama engkau belajar di Mesir,ilmu mana yang engkau telah amalkan dan buat secara istiqamah?'

Terkeruk-keruk di kepala...'Apa ni yang aku telah amalkan dari ilmu yang dipelajari?'

Ternyata,di setiap tempat itu ade 'Sir'(rahsia)nya.Apa yang ada DISANA,tiada DISINI dan apa yang ada DISINI,tiada DISANA.

Kata Hikmah:

2 golongan yang tidak pernah puas;penuntut ilmu dan pencari kekayaan.

Selalu diri akan ditanya...
'Belajar di Yaman atau Mesir yang lebih bagus?'

Jawapan saya:

Kedua-duanya istimewa buat diri saya.Apa yang ada di Mesir tiada di Tarim Hadramaut,dan apa yang ada di Tarim tiada di Mesir.Kedua 2 saling melengkapi.Di Mesir,carilah berbagai ilmu,kita akan dapatinya tapi 1 saja yang susah iaitu ILMU HATI.Dan di Tarim pula,kita akan dapati ILMU HATI itu disitu.

Dari Imam Ibnu Abbas,Rasulullah bersabda:

جاء أهل اليمن قوم نقية قلوبهم لينة طباعتهم الإيمان يمان والفقه يمان والحكمة يمانية
صحيح ابن حبان

'Telah datang ahli yaman,mereka adalah kaum yang bersih hatinya,lembut perwakatannya,iman iman ahli yaman,feqh feqh ahli yaman,hikmah hikmah ahli yaman
.'


Terbaiknya sesuatu tempat itu bergantung pada orangnya.Kalau seseorang itu seorang yang mudah terpengaruh dan tidak jelas lagi hadaf sebenar,maka saya tidak galakkan ke Mesir.Sebaiknya bagi mereka yang ingin kesana,harus mempunyai 'murshid'(pembimbing) sebelum ke Mesir lagi agar ditunjukkan jalan yang sepatutnya yang dilalui serta mementor kita dari jauh.

Kalau tiada Murshid...

Maka banyakkan selawat ke atas Rasulullah.Kata para syeikh kami:
'Asolatu 'ala An-Nabiy syaikhun liman la shaikha lahu'
(Selawat itu sheikh bagi mereka yang tiada sheikh iaitu pembimbing)

Jangan kita merasakan bahawa tempat tertentu itu,hanya itu sajalah tempat yang terbaik dan penuh barakah.Bumi Allah itu luas dan barakahNYA bertebaran dimana saja.Yang penting HATI kita.

Pepatah arab mengatakan :
Al-Madad 'ala qadri Al-Masyhad'
(Kelebihan yang diperolehi setiap individu berdasarkan kacamatanya melihat sesuatu).

Kalau kita lihat/rasa tempat yang kita belajar ini 'biasa-biasa',maka kelebihan dan rahsia dari tempat itu,kita akan dapat biasa2 saja.Dan jika kita merasa 'tiada apa',maka 'tiada apa'lah yang kita dapat dari tempat itu.Tapi,jika kita melihatnya dengan keistimewaannya yang tersendiri,maka Kita akan mendapatkan keistimewaan itu.

Mengembara dan terus mengembara...

Saya ingin ke SYRIA pula...

Ya Allah...Bukakan seluas pintu2 ilmu mengenalMU...

Monday, November 30, 2009

Menangis kerana rindu...


*Dapatkan sambungan PART 2 dengan click LINK ini!


Setelah pemergian Rasulullah...

Sayyidina Abu Bakar menangis di sepertiga malamnya,

Mengadu kerinduannya terhadap Rasulullah,

Washauqoh ya Rasulullah...
(Rindu ya Rasulullah)

Wasyouqoh ya Rasulullah...

(Rindu ya Rasulullah)


Petikan dari kata2 Sheikh Ramadhan Al-Bouti:


Ya Rasulullah...

Sepertimana engkau katakan,
'Beruntunglah bagi siapa yang melihatku dan beriman kepadaku,
Dan beruntunglah kemudian beruntunglah serta beruntunglah bagi siapa yang tidak melihatku tetapi beriman kepadaku',
Dan telah diriwayatkan kepada kami secara sohih,
Engkau berkata ketika engkau memberi salam kepada ahli Baqi',
Aku sangat suka kalau aku dapat melihat saudara2ku,

Dan kami Ya Sayyidi adalah saudara2mu,
Yang beriman kepadamu,
Dan pada hari ini,
Kita saling merindui,

Kami berbicara denganmu disebalik halangan benteng waktu,
Yang menjadi hijab antara engkau dan kami,
Akan tetapi kami yakin,
Bahwa Allah mendengarkan bicara kami ini kepadamu,
Sepertimana Allah mendengarkan salam kami kepadamu ketika tasyahud awal dalam solat kami(iaitu Assalamu 'alaika Ayyuhan Nabiy wa rahmatullah wa Barakatuh),


Ya Rasulullah...

Kami ini semua adalah sebuah hasil diantara hasil2 bersusah payahnya engkau dalam menyampaikan dakwah...


Mereka menangis kerana rindukan Rasulullah...Kita pula bagaimana???



Ya Allah,muliakan pandangan mata kami dengan melihat Kekasihmu Rasululllah...

Wednesday, November 25, 2009


Firman Allah ta'ala:

وَيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ فِيۤ أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ

Kata Imam Ibn Abbas dan Imam Syafie dan kebanyakkan Ulama:

أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ adalah awal sepuluh zulhijjah.

Imam An-Nawawi berkata dalam kitabnya Al-Azkar:

'Ketahuilah bahwasanya digalakkan untuk memperbanyakkan zikir pada awal 10 zulhijjah ini lebih dari hari-hari biasa'.


Sabda Rasulullah dari riwayat Imam Al-Tirmizi:

ما من أيام العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر
Tiada suatu amalan soleh yang dilakukan didalamnya lebih disukai Allah kecuali pada hari2 awal 10 zulhijjah.


Sabda Rasulullah dari riwayat Imam Al-Tirmizi:

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari arafah.Dan sebaik2 ucapan yang aku ucapkan dan begitu juga para Nabi sebelumku adalah
لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Dan begitu juga Hadis riwayat Imam Ahmad dengan lafaznya yang bermaksud:

Doa yang paling banyak didoa oleh Rasulullah pada hari arafah adalah

لا إله إلا الله، وحده لا شريك له ، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير


Dan bagi mereka yang tidak berada di Arafah pula...

Disunnatkan berpuasa pada 9 zulhijjah.

Dari Hafsoh R.A berkata (bermaksud):

'4 perkara yang Rasulullah tidak pernah tinggalkan;Puasa Asyura',puasa 3 hari pada setiap bulan,dan solat sunnah 2 rakaat sebelum fardhu subuh'.


~Riwayat oleh Imam Daud dan selainnya.

Kelebihan Puasa Sunnah hari Arafah...

Hadis yang Bermaksud:

Dari Abi Qotadah R.A bahwa Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam apabila ditanya tentang puasa hari arafah,maka Rasulullah bersabda;Diampunkan dosa tahun lalu dan tahun akan datang.


~Riwayat Imam Muslim.

Bukti kecintaan KITA adalah dengan mengamalkan sunnah2nya secara sempurna.


Sempena Hari Raya Korban ini...

Tanya diri...Pengorbanan apa yang saya telah lakukan buat Rasulullah???

Ya Allah,bantu kami untuk mengikut setiap langkahnya zahir dan batin...

Saturday, November 21, 2009

Saya mahu jadi Ulama jika....



Firman Allah ta'ala:

إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَاءُ

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.
~Surah AlFatir:28

Bila di Mesir...

Diri sering terlupa akan tujuan sebenar KITA menuntut ilmu.Yang kita disibukkan adalah memenuhi hajat manusia hingga terlupa akan keperluan diri.Dari situlah,perlunya ilmu pembersihan hati dan Murabbi yang mengingatkan KITA akan TUJUAN SEBENAR KITA.

Niat KITA itu akan terzahir apabila kita diuji dengan sesuatu.

Contoh:Sebagai seorang wanita,kita tahu bahawa wanita yang haid dilarang duduk di masjid.Dan pengajian kita pula diadakan di dalam masjid.Lagi-lagilah jika pengajian tersebut membuatkan kita rasa 'tak boleh miss' ,kalau tak datang tu memang rugi yang teramatlah.Maka,dari situlah kita teruji...

Sebenarnya,hukum itu dah tahu dan jelas.Tapi tetap nak cari keringanan dan pendapat yang lain untuk menghalalkan apa yang dibuat kerana ikutkan perasaan terlalu dahagakan ilmu.

(Contoh itu hanya 1 gambaran saja tapi ada banyak lagi gambaran yang boleh dikiaskan dari contoh tersebut.Fikir2 sendiri...)

Dari situ,baru termuhasabah semula niat ini...

Sebenarnya apa tujuan engkau menuntut ilmu?

Bukankah tujuan dari menuntut ilmu untuk menjadikan engkau seorang Hamba yang semakin takut kepadaNYA?!

Semakin tunduk atas perintah dan laranganNYA?!

Kenapa semakin tinggi belajar semakin tidak patuhi akan hukum-ahkamNYA?

Engkau belajar kerana apa?

Ternyata...

Engkau belajar kerana Nafsu...

Kerana Keinginanmu ingin memperolehi ilmu yang banyak...

Hingga terlupa bahawa ilmu itu Allah yang mengajarkannya.

Terlupa akan janji Allah 'wattaqullah wa yu'allimukumullah'
(Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajarkan kamu)

Terlupa bahawa ilmu itu bukan lafaz2 yang tertulis di kitab2...

Tapi adalah NUR yang Allah lemparkan ke dalam hatimu...

Engkau lupa akan apa yang dia ajarkan selama ini...

Bahwa tujuan dari ilmu itu adalah 'khosyah'...

Sepatutnya yang terkeluar dari mulutmu adalah...

Sami'na wa ato'na...
(Kami dengar dan kami patuh)

Tapi apa yang berlaku ke atas dirimu...

Sami'na wa 'asoina...
(kami dengar dan kami derhakai)


Hasil dari sesi bermuhasabah diri ...

Akhirnya Ya Allah...

Aku tinggalkannya kerana MU....

Muhasabah diri...

Berapa banyak majlis ilmu yang engkau hadir dapat melembutkan hatimu dan menitiskan airmatamu?



Sheikh Yusri Kata:


Berapa banyak orang yang hadir majlis ilmu tapi Allah tidak berkati ilmu yang dipelajarinya?


Maka...

Hendaklah dalam tempoh KITA menuntut ilmu ini,Kita menjalankan syariat ALLAH sesempurna mungkin dengan patuhi segala suruhanNYA dan suruhan Rasulullah serta tinggalkan segala maksiat zahir dan batin.

Berkat! Berkat!


p/s:Saya rindukan guru saya yang mengajarkan saya ilmu 'khosyah'.


Ya Allah,jadikan 'kedahagaan' ini satu rahmat buat hambaMU ini...

Wednesday, November 18, 2009

~Majlis Tazkirah malam Jumaat Bersama Sayyidi Al-Habib Umar~



Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap malam ini @ Dar Al-Mustafa,akan diberi giliran bagi para pelajar/tetamu undangan untuk memberi tazkirah atau ikut istilah sana sebagai 'kilmah'.




Kemudian Seorang lelaki Britain menceritakan tentang kisah beliau memeluk agama islam dan bagaimana beliau datang ke Tarim Hadramaut...


Beliau telah memeluk islam selama 9 tahun.Diceritakan secara ringkas:beliau apabila membuat keputusan utk memeluk agama islam,isterinya minta memilih antara dirinya,anak2 atau Islam,diminta untuk keluar dari rumah serta ditahan dari mengambil wangnya jika memeluk agama islam .Dan berbagai lagi kesukaran yang dihadapinya.

Ketika giliran habib (giliran terakhir) utk memberi kilmah...


Habib mengeraskan suaranya:

Wahai saudara2ku,
Orang yang memeluk agama Islam selama 9 tahun,
Memilih Allah dan mengorbankan selainNYa,
Dan engkau yang Allah anugerahkan Islam sejak lahir lagi...
Segalanya melalaikan engkau daripadaNYA?!

Wahai orang Mukmin,
Dimanakah pengorbanan yang dilakukan buat NYA?
Engkau tidak beriman dengan Tuhan ini?
Adakah engkau tahu makna Tuhan?

Agungkan TuhanMU,
Katakanlah 'Allahu Akbar' dari hatimu,
Tinggalkan selainNYA kerana DIA,
Dan apa itu selainNYA???
Segala apa yang ada pada dirimu...


Datang padaNYA..
Minta padaNYA..
Dia membahagiakan engkau dengan sesuatu yang tidak terfikir dalam benak fikiranmu...


*Please click LINK ini for watching the KILMAH!!!

P/s:Boleh ikuti majlis ini setiap malam Jumaat secara LIVE ONLINE!. Siaran akan diadakan dengan kewujudan Al-Habib Umar.Jika habib tiada,maka tiada siaran LIVE.Jadual ada dipaparkan disana.



Story (2):Majlis Malam Jumaat ...

Seorang wanita Britain membuat persaksian mengucap kalimah syahadah di depan khalayak ramai iaitu dikalangan sesama kami jemaah wanita.Isteri Habib Umar (dipanggil dengan gelaran Hubabah) meminta beliau untuk ikut membaca kalimah syahadah .

Hubabah memulakan terdahulu 'ashadu...',Wanita itu pun mengikut 'ashadu',Hubabah meneruskan lagi 'an lailaha illa Allah',dia pun membaca 'an lailaha illa Allah hingga keakhirnya...

Ketika ucapan syahadah itu dilafazakan dari mulut wanita itu...

Semua yang menyaksikan penyaksian itu mengalirkan air mata...terasa 'Ya Allah...beratnya kalimah syahadah yang selama ini aku ucapkan...'.

Alhamdulillah 'ala ni'matil Islam wa kafa biha ni'mah...


Kesimpulan:

-Ucapan dari hati yang bersih akan sampai ke hati orang lain walau perkataannya itu biasa.

-Perlu fahami betul2 makna 'HAMBA' dan tanami ia didalam diri KITA.

-Siapa yang memperbanyakkan ucapan tauhid dengan kehadiran hatinya,lama-kelamaan,setiap gerak-gerinya akan bergerak mengikut kalimah tauhid iaitu mengEsakanNYA dalam gerak-gerinya.


Ya Allah,kurniakan rasa hakikat kehambaan dalam diri kami sepertimana Engkau berikan ia kepada KekasihMU yang teragung Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...